Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan pegawai penyiasat kes, Senior Asisten Komisioner Suddin Tjinke agar tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan diteruskan terhadap kesemua pelajar berusia 16 hingga 19 tahun itu.
Mereka ditahan pada 22 Mac lalu selepas Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian badan di atas lantai bilik asrama di kolej vokasional di sini.
http://mrem.bernama.com/viewsm.php?idm=60000